Tuesday, December 23, 2008

psycho histeria

semalam aku pergi menonton cerita arahahan james lee ini, boleh dikatakan ok dan berpuas hati jika ditonton. sebenarnye film nie dah 5 hari keluar panggung, tapi aku je yang baru nak pegi tengok. ape yang agak mengejutkan aku.. hari ke 5 pun panggung maseh penuh macam 1st day tayangan, mase Q bli tiket, tinggal 14 sit je lagi ( barisan depan kosong sume + 4 kosong diatas).. dah la malam palk tu aku g tgk, ingatkan ta de orang. secara keseluruhan cerita nie, mudah difahami & jalan cerita dia senang. well, tahniah pada james lee.. kerana cerita nie berjaya buat orang fokus, dan aku sendiri buktinye popcorn & coke yang aku beli ta sampai separuh pun aku sebat..(b4 pegi ta makan pon). pada aku cerita nie ta seram, tapi buat owang bedebar & tertunggu2 apa yang bakal terjadi seterusnya. jarang cerita seram di Malaysia terasa seramnya,.. kalau nak dibandingkan dengan cerita dari Indonesia, dll... aku harap ade sambungan histeria 2.. sebab cerita nie bermula dengan Liana Jasmay bersama 5 lagi kawannya membaca mentera memanggil 'jin' datang untuk menurut perintahnye.. & dia menjadi tuan kepada jin tu kerana dia yang membaca mentera itu.. bile sume kawan2 nya mati dibunuh oleh jin itu, Liana dijumpai oleh cikgunya(vanida) dan di bawa ke hospital & doktor mengesahkan dia sakit jiwa dan polis mengklasifikasikan ini sebagai kes bunuh dan mengesyaki Liana terlibat sama. bagaimanapun disebabkan doktor mengatakan dia tekanan/sakit jiwa dia terpaksa ditahan di wad.. babak akhir film ini, ketika di wad selepas polis datang melakukan penyiasatan keatas liana berhubung kematian kawan2nya, liana membaca semula mentera yang pernah dibacanya pada mula2 dia memanggil 'jin'itu dulu.. dan cerita itu berakhir... cerita nie agak psycho & memerlukan penelitian. jika tidak, anda tidak akan faham.

komen lain:
  1. boyfriend scha dalam cite nie ta handsome. bertindik, bertatu. cam ta sesuai lak dengan scha. macam samseng tapi bercinta dengan student.
  2. lentok kawan kepada boyfriend scha mempunyai rambut yang cantik & comel.
  3. suka scene masa tini dibunuh, cam real je mati, leher kena kelar.
  4. tahniah kepada make up artist. waktu kes mati dalam toilet tu, sangat mengerunkan mayat itu kelihatan.
  5. kenape tah aku rase muka Norisnainy tu macam muka Farra Fauzana... =)

Tuesday, December 2, 2008

resepi perut

haaa... kowang cube kenal pasti, ape yang ade dalam piring kecik nie.... lemang and susu... serious, aku ta penah tau wujudnya resepi nie.., kate orang nie makanan orang sebelah utara, ayah ku orang utara, tapi tak penah pulak memperkanalkan resepi nie di rumah. mayB atas faktor aku tinggal di kuantan, Pahang, mood nak makan ta datang.. mungkin kah juga makanan nie, hanya popular di sebelah utara??.. cara makan.. amik lemang cicah dengan susu.. ade yang kate ubi kayu pon boleh.. dicicah dengan susu macam nie.. then terus makan.. memang agak pelik and macam ter fikir "biar betol makan ngan susu.. kalau dengan rendang ke.. sambal ka logik la"... tapi lepas dicuba.. sedap jugak rasanya.. lokasi mencuba.. rumah nenekku di kedah..

p/s: AMARAN kepada penghidap KENCING MANIS!