Tuesday, December 23, 2008

psycho histeria

semalam aku pergi menonton cerita arahahan james lee ini, boleh dikatakan ok dan berpuas hati jika ditonton. sebenarnye film nie dah 5 hari keluar panggung, tapi aku je yang baru nak pegi tengok. ape yang agak mengejutkan aku.. hari ke 5 pun panggung maseh penuh macam 1st day tayangan, mase Q bli tiket, tinggal 14 sit je lagi ( barisan depan kosong sume + 4 kosong diatas).. dah la malam palk tu aku g tgk, ingatkan ta de orang. secara keseluruhan cerita nie, mudah difahami & jalan cerita dia senang. well, tahniah pada james lee.. kerana cerita nie berjaya buat orang fokus, dan aku sendiri buktinye popcorn & coke yang aku beli ta sampai separuh pun aku sebat..(b4 pegi ta makan pon). pada aku cerita nie ta seram, tapi buat owang bedebar & tertunggu2 apa yang bakal terjadi seterusnya. jarang cerita seram di Malaysia terasa seramnya,.. kalau nak dibandingkan dengan cerita dari Indonesia, dll... aku harap ade sambungan histeria 2.. sebab cerita nie bermula dengan Liana Jasmay bersama 5 lagi kawannya membaca mentera memanggil 'jin' datang untuk menurut perintahnye.. & dia menjadi tuan kepada jin tu kerana dia yang membaca mentera itu.. bile sume kawan2 nya mati dibunuh oleh jin itu, Liana dijumpai oleh cikgunya(vanida) dan di bawa ke hospital & doktor mengesahkan dia sakit jiwa dan polis mengklasifikasikan ini sebagai kes bunuh dan mengesyaki Liana terlibat sama. bagaimanapun disebabkan doktor mengatakan dia tekanan/sakit jiwa dia terpaksa ditahan di wad.. babak akhir film ini, ketika di wad selepas polis datang melakukan penyiasatan keatas liana berhubung kematian kawan2nya, liana membaca semula mentera yang pernah dibacanya pada mula2 dia memanggil 'jin'itu dulu.. dan cerita itu berakhir... cerita nie agak psycho & memerlukan penelitian. jika tidak, anda tidak akan faham.

komen lain:
  1. boyfriend scha dalam cite nie ta handsome. bertindik, bertatu. cam ta sesuai lak dengan scha. macam samseng tapi bercinta dengan student.
  2. lentok kawan kepada boyfriend scha mempunyai rambut yang cantik & comel.
  3. suka scene masa tini dibunuh, cam real je mati, leher kena kelar.
  4. tahniah kepada make up artist. waktu kes mati dalam toilet tu, sangat mengerunkan mayat itu kelihatan.
  5. kenape tah aku rase muka Norisnainy tu macam muka Farra Fauzana... =)

Tuesday, December 2, 2008

resepi perut

haaa... kowang cube kenal pasti, ape yang ade dalam piring kecik nie.... lemang and susu... serious, aku ta penah tau wujudnya resepi nie.., kate orang nie makanan orang sebelah utara, ayah ku orang utara, tapi tak penah pulak memperkanalkan resepi nie di rumah. mayB atas faktor aku tinggal di kuantan, Pahang, mood nak makan ta datang.. mungkin kah juga makanan nie, hanya popular di sebelah utara??.. cara makan.. amik lemang cicah dengan susu.. ade yang kate ubi kayu pon boleh.. dicicah dengan susu macam nie.. then terus makan.. memang agak pelik and macam ter fikir "biar betol makan ngan susu.. kalau dengan rendang ke.. sambal ka logik la"... tapi lepas dicuba.. sedap jugak rasanya.. lokasi mencuba.. rumah nenekku di kedah..

p/s: AMARAN kepada penghidap KENCING MANIS!

Friday, November 28, 2008

air naik lagi



cuba kowang tengok gamba nie betol-betol...nampak tak air yang dah hampir nak naik atas jalan?. huh..picx nie aku amik masa aku ondaway balik dari genting hari tu 26hb november. lokasinya dalam kawasan pahang yang berhampiran dengan Temerloh. kan sekarang ni musim hujan, kowang pon sure mengalami situasi hujan ta berhenti. kadang2 malam,and mayB jugak kadang2 mendung je 1 hari.. aku risau sangat bile dah hujung tahun nie, bukan apa.. sebabnya takot jalan putus and aku tak lepas nak pulang ke Melaka. banyak jalan yang tak boleh lalu sekitar segamat, johor @ Negeri Sembilan.... huh.. mayB sekarang ta heboh lagi and air tak naik lagi, tapi aku risau dalam pertengahan bulan Disember nanti sebab masa tu la nak kena balik untuk mendaftarkan didi di kampus.

kota kegilaan


Lepas je aku abes paper ekonomi hari tu, aku terus pulang ke kuantan. huh.. memang membosankan cuti.. aku dah agak dah..coz cuti nie jarang sangat owang nak keje.. kebanyakkannye ske melepak depan tv, menghabiskan waktu dengan menonton sehati berdansa la, awan dania la... urm.. ta lupe jugak.. yang kaki chatting cam aku... memang keje online je la 24jam.. lepas satu-satu medium komunikasi internet dicuba, di explore, di try...hurm.. lepas 9 hari aku menghabiskan masa dirumah, mamaku bagi la cadangan untuk ke genting.. so.. kiteowang pergi sane untuk 3 hari 2 malam..

Secara keseluruhan, aku berpuas hati la dengan percutian tu.. semua permainan aku sebat kat sane dari yang budak kecik punye, sampai ke yang paling Xtrem aku cuba.
macam dalam pic nie.. aku peduli hape owang nak cakap, main je la.. ape guna beli tiket kalu malu2 nak naik.. lagipon aku teman adik aku mase tu..so.. kira aku main je la.. walaupon benda nie ber pusing sekitar 5 kali dan memakan masa selama 3 hingga 4 minit.. tapi okay la.. sebab nie permainan pertama aku mase sampai.. so macam nak panaskan badan dulu rasanya.. memang la kalau di fikir-fikir macam tak logik sebab nie permainan untuk budak yang sekolah sekitar darjah 2 and mempunyai ketinggian sekitar 122 cm, tapi sebat je la.. hurm.. aku pergi tu hari isnin, 24hb novmber, ingat kan tak ramai orang, sebab biase la taman tema, selalunya penuh untuk setiap musim cuti sekolah walaupun hari bekerja sebab parents tak sempat nk bawak anak-anak diaorang kan..

Tapi sebaliknya.. memang masih lagi ramai orang. tapi masih boleh diterima and masih belum menguji kesabaran. aku mula main jam 10 pagi dan terpaksa diberhentikan akibat hujan. nasib masa nak hujan tu, aku sempat menamatkan permainan dengan menaiki
benda alah nie @ lebih dikenali dgn corkscrew atau lebih senang cite rollercoaster. masa aku naik tu hujan dah mula turun sebenarnya. serious, melihatkan keadaan track and keadaann cuaca sebenarnya aku cuak gak. tapi, aku dah Q mase tu, cina dari singapore tuh pandang aku, aku just cakap "if you want to go 1st, its okay,i 'll wait for the next trip""coz i want to sit in the middle" aku pon tunggu la next trip.. elok2 aku naik je.. hujan dah nak lebat... seyes.. mengerikan.. benda nie ta buat aku takot kalau tak hujan.. masalahnya hujan & dah la dia pusing 360 darjah sebanyak 2 kali. gila la rasanya..

Memang aku pejam mata rapat mase nak naik mula2.. serious sebab hujan itu yang aku cuak. kira luck aku memang baik petang tu, aku last trip yang naik sebab hujan makin lebat and semua permainan diberhentikan. tapi serious corkscrew nie memang cool, untuk owang yang sangat-sangat nekad untuk melepas tensyen and untuk menguji ketensyenan kowang, memang aku rasa permainan nie yang terbaik korang try. tapi make sure kowang naik last sekali macam aku sebab, mood dia akan kekal lama sket.